Isnin, 2 September 2013

Lencana Keahlian PKK - 3. Rukun Negara

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak;

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
memelihara satu cara hidup demokratik
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara dan saksama
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan kesusilaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan