Selasa, 3 September 2013

LENCANA KERIS GANGSA PKK - 20. Sebab-sebab bahaya bermain bahan letupan, Bahaya bermain mata pisau, Panduan mengguna dan menjaga pisau kecil

SEBAB-SEBAB BAHAYA BERMAIN BAHAN LETUPAN
 
  • Boleh menyebabkan kebakaran rumah.
  • Boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan atau kematian.
  • Mencemarkan alam sekitar.
  • Boleh memusnahkan harta benda.
 Contoh Bahan Letupan
  • Mercun
  • Meriam Buluh
  • Bom
BAHAYA BERMAIN MATA PISAU
  • Kita dilarang bermain dengan mata pisau kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada tubuh badan jika tidak digunakan dengan berhati-hati atau menggunakan secara cuai.
  • Menggunakan mata pisau haruslah dengan pengawasan orang yang lebih dewasa.

MENGGUNA DAN MENJAGA PISAU KECIL
 
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan pisau kecil kerana boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan. Jika perlu menggunakannya, kanak-kanak perlu menggunakannya dengan berhati-hati dan dengan pemantauan orang dewasa. Pisau yang hendak digunakan haruslah tajam dan tidak berkarat. Selepas digunakan, pisau hendaklah dibersihkan dan disimpan di tempat yang selamat.

1 ulasan: