Khamis, 5 September 2013

LENCANA KERIS GANGSA PKK - 31. Perhubungan Awam Kawasan Sendiri

Perhubungan Awam Kawasan Sendiri

Pengakap Kanak-kanak digalakkan supaya sentiasa peka pada alam sekelilingnya.  Mereka juga hendaklah sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.  Lord Baden Powell menyatakan, salah satu tugas Pengakap ialah keluar rumah untuk mencari orang-orang yang memerlukan pertolongan dan bantuan, sama ada bantuan tenaga atau sebaliknya.

Pengakap Kanak-kanak juga boleh memberi pertolongan dengan menunjuk arah sesuatu tempat di kawasannya kepada orang-orang yang memerlukan bantuan.  Mungkin orang ini tidak tahu arah ke perhentian bas, teksi, hospital, balai polis, bomba dan pejabat pos. 

Kamu perlu membantu mereka menjukkan arah ke tempat-tempat berkenaan tetapi pastikan kamu mengetahui tempat berkenaan dengan jelas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan