Ahad, 8 September 2013

LENCANA KERIS GANGSA PKK - 39. .....ATAU MEMBUKA AKAUN SIMPANAN

PENGAKAP KANAK-KANAK MEMBUKA AKAUN SIMPANAN

nOTA:
Ahli pengakap yang telah mempunyai akaun simpanan di bank dikehendaki menunjukkan bukti/fotostat dan menunjukkan kepada pemimpinnya

NAMA BANK:....................................................................................................

NO. AKAUN:......................................................................................................



AKAUN SIMPANAN BANK

Akaun simpanan membolehkan anda menyimpan atau memasukkan wang anda dan menerima faedah tanpa tempoh matang yang telah ditentukan. Ditawarkan oleh semua institusi perbankan di Malaysia, faedah yang diterima ke atas baki anda lazimnya dikreditkan ke dalam akaun pada setiap bulan. Deposit minimum untuk membuka akaun ini berbeza-beza antara satu institusi perbankan dengan institusi perbankan yang lain. Jumlah dikenakan mungkin serendah RM 1.

Anda boleh mengeluarkan atau memasukkan wang ke dalam akaun simpanan anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh memohon kad ATM dengan nombor PIN yang tertentu. Kad ini membolehkan anda mengeluarkan wang daripada mesin ATM cawangan institusi perbankan berkenaan di samping menjalankan pelbagai transaksi lain.

Bagi mengetahui transaksi perbankan yang telah anda lakukan dan faedah yang diterima, anda boleh memilih untuk menerima sama ada buku bank atau penyata kewangan. Anda perlu menggunakan buku bank tersebut untuk sebarang transaksi di kaunter institusi perbankan. Walau bagaimanapun, sesetengah institusi perbankan membenarkan transaksi di kaunter dijalankan dengan hanya menggunakan kad ATM dan kad pengenalan anda.
 
Saya Patut Tahu...

Fi dan caj

Melindungi kad ATM anda

Insurans deposit

Akaun tidak aktif
 
Saya Mahu...

Fahami perkhidmatan perbankan asas
Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Di antara transaksi yang anda boleh lakukan sebagai
pemegang akaun:
 
Mengeluarkan wang, sama ada di kaunter atau melalui mesin ATM

Memasukkan wang, sama ada di kaunter atau melalui mekanisma lain seperti mesin deposit
Membuat pertanyaan akaun
Memindahkan wang di dalam institusi perbankan yang sama
Pembayaran bil
Pemindahan wang antara bank (GIRO)
Perbankan internet untuk institusi perbankan yang menawarkan kemudahan ini
 
Sebagai pemegang akaun, anda bertanggungjawab untuk:
 

Sentiasa merahsiakan nombor akaun dan PIN yang diberikan kepada anda

Sentiasa menyimpan penyata akaun, buku bank dan kad ATM di tempat yang selamat
Segera memaklumkan institusi perbankan anda sekiranya:
 
  - Terdapat sebarang pertukaran alamat atau nombor telefon
  - Kehilangan kad ATM atau buku bank
  - Terdapat sebarang kesilapan pada penyata akaun anda
 
Selain daripada akaun simpanan, institusi perbankan juga menawarkan akaun simpanan asas (BSA) dan akaun semasa asas (BCA), di samping akaun semasa untuk memenuhi keperluan perbankan anda.

PENGALAMAN MEMBUKA AKAUN SIMPANAN DI BANK

Prosedur Membuka Akaun Simpanan Di Bank Islam

PROSEDUR MEMBUKA AKAUN SIMPANAN DI BANK ISLAM
Khas untuk orang yang blur-blur, rasa tak yakin, rasa nak tahu flow, nak dapatkan gambaran macamana cara-cara nak buka akaun simpanan di Bank Islam. :) Sekadar berkongsi pengalaman. Manelah tau berguna .....


(mifc.com n.d.)



1. Start dari rumah la ye. Pertama sekali, google lah dulu cawangan Bank Islam yang terdekat dengan rumah korang. Lepas tu, terus mandi bersiap-siap. Macam saya, saya pilih Bank Islam cawangan UM ;p (jauh tapi saje nak pegi. ahah)



2. Pastikan korang bawak salinan kad pengenalan (A4 sized). Untuk student, bawak salinan surat tawaran universiti (just in case bank officer tu mintak). Meh nak cerita sikit eh. Masa minggu lepas macam tu, saya ada pergi Bank Islam cawangan Kajang. Time tu memang bawak pen je (tak bawak copies langsung). Unfortunately, bank officer tu mintak salinan IC dengan offer letter. In contrast, kat Bank Islam cawangan UM just mintak salinan IC. Saya rasa, lebih baik bawak both copies kalau nak selamat ;) Nanti kalau dia mintak, kita boleh bagi. Kalau tak mintak, simpan je..kan?kan?



3. Sesampai kat Bank Islam tu, orang pertama yang korang kena jumpa ialah Pak Security. Bagitau secara ringkas apa korang nak buat. Nak senang, cakap ni je.. "Assalamualaikum Pak Cik, saya nak buka akaun simpanan". Lepas tu, Pak Security ni serta merta akan tunjukkan kita kepada officer yang bertugas. Malu bertanya sesat jalan kan? Baik tanyeee~



4. Bila depan officer, dia akan layan korang dengan sangat baik. Dia akan terangkan jenis-jenis simpanan yang berkaitan dan korang kenalah decide which one to choose. Setiap jenis tu ada kelebihan sendiri dan korang tanyalah banyak2 kat officer untuk maklumat lebih lanjut k?



5. Lepas dah pilih yang mana satu yang korang rasa sesuai, officer tu akan kasi a pile of forms. ISI BORANG!! haha. banyak ni tau. OK, saya list down yang mana ingat eh. Ada 2 kad tandatangan spesimen, 1 slip cash deposit (untuk masukkan duit simpanan pertama), 1 borang butiran diri, 2 borang akad, 1 borang kuning untuk atm card. Isi sampai siap. 



6. Submit all the forms beserta dengan salinan IC dan IC original. Tunggu officer tu key in data. *tunggu dgn sabar* Lepas tu, dia akan suruh kita berurusan dengan kaunter bernombor kat depan. Officer akan bagi balik semua borang tu untuk kita bawak ke kaunter bernombor. Oh, jangan lupa ambik nombor giliran. Nanti kang, lame plak tunggu. haha ;p



7. Bila nombor kita dah dipanggil, cepat-cepat serahkan semua borang dan duit simpanan. Untuk duit simpanan, jumlahnya berbeza ikut jenis simpanan. Ada yang minima RM100, minima RM20, tapi masa isi borang tu, korang tanya2 lah officer, berapa jumlah minimum untuk jenis simpanan yang korang pilih :) aduh, simple je kan? Lepas tu, kita kena tunggu lagi *tunggu dengan sabar*



8. Bila dah lama tunggu, nama kita akan dipanggil. Errr, be alert k! Kat sini, dia akan bagi ATM Card. Apa yang perlu kita buat ialah cipta dan set nombor pin 6 digit on the spot. Macam biasa, input tak boleh menyerupai birth date, last number IC etc. Tekan kat satu alat canggih yang disediakan. Ulang tekan nombor pin tersebut. Tekan OK. Lepas tu, sign kat belakang card.



9. Lepas tu, officer akan bagi kita satu slip rasmi Pembukaan Akaun Simpanan Tanpa Buku (Passbookless). Emm, jangan terkejut sebab Bank Islam memang takde buku ;p Recheck! Dia akan bagi satu slip rasmi + Kad ATM. Dia akan pesan supaya kita harus ingat nombor pin, register online banking kat ATM Machine kat luar (terus buat), pastu activate online banking via internet kat rumah :)  DONE!!

sumber rujukan:
1.  http://www.bankinginfo.com.my/02_know_your_products/0201_choosing_right_account/savings_account.php?intPrefLangID=2
2.  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNNOXZIg7Ey4-BP2JRj1JCwIK6Rw63WPo1ZZ6_eH4jXLsGjQEJBNrYqggxgSSAtO8-TpoNSjd2CaM88kj7gdukaIL42SbUhP9wy4eQvaPXYlmYBHF3hu3fDOnJ6UA9zpy3m-iEUAlXMGQ/s400/logo-bankislam+(jpeg).jpg&imgrefurl=http://sarazaqea.blogspot.com/2010/05/prosedur-membuka-akan-simpanan-di-bank.html&usg=__TSGN_rvE4PXi5CfxXQPqsxBnLCo=&h=467&w=1600&sz=40&hl=en&start=25&sig2=OKvPnzcURX6Yg79G3hnutQ&zoom=1&tbnid=S-rn6pPfa21VsM:&tbnh=44&tbnw=150&ei=CSQsUtTUBcSCrgefhoCwDw&prev=/search%3Fq%3Dmembuka%2Bakaun%2Bsimpanan%26start%3D20%26um%3D1%26sa%3DN%26hl%3Den%26tbm%3Disch&um=1&itbs=1&sa=X&ved=0CDQQrQMwBDgU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan